Saya ternampak iklan Astro tersebut di atas pada skrin TV saya awal pagi tadi dalam bahasa Inggeris:
LIFE MINUS DREAMS = JOB!
Sungguh benar bukan formula berkenaan? Apakah hidup kita ini tanpa impian, tanpa visi, tanpa misi? Serba kekosongan! Tidak bermakna! Akan tetapi, bukankah ini hakikat sebenarnya bagi kebanyakkan daripada kita yang terbelenggu dalam alam "pekerjaan" masing-masing? Apakah ini sahaja jalan kehidupan kita? Tiada cara lain? Tiada pendekatan lain? Adakah kita sudah berpuashati hidup sehelai sepinggang ini?
Semasa kita kecil, kita ada impian yang besar-besar. Kita nak alat mainan yang besar, ingin menjadi orang besar, ingin menjelajah ke tempat-tempat jauh, ingin menikmati sesungguhnya kehidupan yang "penuh". Tetapi apa terjadi kepada kita semasa kita mula berhijrah dari alam kanak-kanak ke dunia dewasa? Sering kali, impian kita, harapan kita, matlamat hidup kita semakin hari semakin terhakis sehingga terkubur terus dalam arus kehidupan harian.
Lebih-lebih lagi, kita sering terjebak ke dalam alam kesempitan kewangan, samada secara terus atau tidak. Akan tetapi, walaupun semuanya nampak gelap, masih ada sedikit cahaya yang berkelip-kelip didepan kita. Inginkah kita sambut cahaya ini atau sanggupkah kita terus hidup dalam kegelapan kini? Perlukah kita terus menerima "hakikat" ini sedangkan wujudnya pelbagai peluang, cara dan masa untuk kita mengubah arah tuju hidup kita?
Kita sahaja boleh jadi penentu bagi soalan ini.
Sunday, April 20, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment