Monday, April 7, 2008

Impian!

Merealisasikan Impian Kewangan

Kita semua ada impian kewangan masing-masing. Bagi sesetengah orang, kita mungkin ingin keluar dari jerat hutang. Bagi orang lain pula, mungkin kita sedang mencari wang modal untuk memulakan perniagaan kecil ataupun kita sedang cari sumber untuk memulakan pelaburan bagi masa depan.

Tetapi, adakah kita mengambil langkah yang BETUL demi merealisasikan impian-impian ini?

Ataupun adakah kita terasa lagi kuat, lagi teruk kita kerja, impian kita itu makin lebih jauh dari jangkauan kita?

Mungkin kita tidak menggunakan kaedah yang sewajarnya.

Mungkin kita tahu bagaimana hendak bermula.

Mungkin kita terlepas peluang keemasan di depan mata kita kerana terlampau bimbang atas keadaan kewangan kita.

Mungkin.... banyak lagi sebab yang kita boleh kaitkan atas kegagalan kita setakat ini.

Tetapi adakah kita terfikir sebaliknya?

Seperti kata pepatah bahasa Inggeris: "You can't go up until you have reached rock bottom".

Maknanya ringkas: Kita tidak mungkin bergerak ke atas selagi tak sampai ke bawah sekali".

Mari kita renung bersama-sama.



1 comment:

Anonymous said...

I've gone to cejeck up the blog. What do I do next?