Siapa diantara kita tidak memerlukan wang tambahan? Siapa yang sudah cukup puas hati dengan keadaan kewangannya?
Tiada wang BUKAN semestinya tiada impian.
Tiada modal BUKAN semestinya tiada harapan.
TETAPI kita MESTI lakukan sesuatu untuk mengubah keadaan kita yang kurang memberangsangkan itu.
Kita mungkin telah mencuba program MLM, Networking, Home Business, Warung, Burger Stall, dsbnya tetapi mungkin telah kecundang pada setiap cubaan. Kita mungkin benar-benar ingin menjadi usahawan atau ahli bisnes kerana ini yang kita rasa akan membebaskan diri kita dari kemelutan kewangan dan memberi kita lebih banyak masa untuk diri, keluarga dan impian-impian kita.
TETAPI hakikatnya ialah kita terpaksa MENGORBANKAN sesuatu itu untuk mendapatkan sesuatu yang lain. Tak percaya? Tanya sesiapa sahaja yang sudah "berjaya". Setiap orang berkenaan ada cerita disebalik kejayaan mereka ini.
Apa yang kita boleh belajar dari orang-orang seumpama ini?
Pokoknya, jika saya ingin menjadi seorang usahawan berjaya, saya kena korbankan sesuatu.
Jangan pula kita korbankan kerjaya, isteri atau anak-anak kesayangan pulak! Korban di sini bermaksud melepaskan sesuatu tabiat, idea, perbuatan, kebiasaan, kesukaan agar sesuatu yang LEBIH BAIK boleh wujud.
Pada masa kini, terdapat banyak peluang di sekeliling kita yang sedang menunggu sahaja untuk mencurahkan kebaikkan yang melimpah kepada kita. Adakah kita SEDAR tentangnya?
Fikir!
Saturday, April 12, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment