Thursday, January 28, 2010

Video Motivasi & Peluang Menjana Wang 2

Jika anda fikir keadaan anda amat runcing dan membebankan, lihat klip video ini dan cuba mendapat ilham dan iktibar darinya.

Lihat! Faham! Lepas tu, baca ini:

Seluruh dunia sudah tahu nilai "EMAS" dan cara untuk mendapat banyak untung dengan pelaburan emas.

Malangnya....

ramai "tidak cukup wang" untuk membeli emas untuk pelaburan.
Kini ada alternatif bagaimana kita boleh mendapat emas dari barangan
terpakai yang kita tidak sedari.

Biasa kita dapat lihat iklan di internet mahupun iklan di dinding
bangunan, seperti :
- "membeli decoder astro terpakai" ,
- "jual komputer rosak anda" , atau
- "membeli handphone terpakai" dan sebagainya.

Kenapa mereka sanggup membeli barangan yang tidak boleh digunakan lagi?

Semua ini akan dibongkarkan untuk anda.

Akan didedahkan juga buat pertama kalinya:

1. Cara Untuk Dapatkan Emas Percuma Yang Tersembunyi / Tidak Disedari
(Selain Dari Emas Dalam Barangan Elektronik).

2. Cara Untuk Mulakan Terus Perniagaan Ini Dan Mendapat RM 700 ke RM 4000 Untuk Permulaan.

Layari : http://www.emaspercuma.com/index.php?ref=judeman

BONUS :
Info diberi percuma untuk anda juga:

1. Kerja dapat bayaran dalam pound sterling [ Panduan Kerja Di UK ].

2. Dapatkan rawatan pakar dalam beberapa jam sahaja & tanpa menunggu giliran.

Jika anda berminat untuk mengetahuinya, sila layari web di bawah.

http://www.emaspercuma.com/index.php?ref=judeman


Ikhlas,
Jude

Sekian untuk kali ini.

Salam manis!

Wednesday, January 27, 2010

Panduan Buat Duit

Ok... selepas motivasi M. Nasir semalam, agaknya bolehlah saya terus memperkenalkan satu cara untuk buat duit dengan barangan terpakai atau yang tidak diperlukan lagi.

Anda ada kasut, handphone, komputer atau barang-barang terpakai lain?

Barang-barang ni, kalau dibiarkan akan buat menyemak je kat stor belakang rumah tu.

Kalau nak buang, sayang. Dah lah nak dapat dulu bukan main susah, tapi, kalau tak buang,..ahh, serba salah pulak.

Ha, itulah dilemma saya beberapa bulan yang lepas. Sehinggalah baru-baru ini saya terjumpa satu cara bagaimana menukarkan barangan terpakai tadi kepada wang tunai.

Nak tahu caranya?

Ok, mudah sahaja. Anda lawati www.mudah.my, dan iklankan barangan terpakai tersebut.

Senang sangat, tak perlu daftar atau bayar apa-apa pun.

Baiklah, sebenarnya, tip di atas merupakan sedutan daripada produk terbaru Raja Kamil (www.rajakamil.biz)

Produk yang boleh didapati di http://dot-my.com/index.php?ref=judeman,

sebenarnya mempunyai :

-5 cara untuk buat duit di mudah.my
-2 cara untuk jadikan iklan anda menarik
-8 cara untuk tukarkan pelawat iklan anda kepada pembeli serta merta
-serta beberapa tips dan trik lagi.

Betul, semua tip itu anda boleh dapati di http://dot-my.com/index.php?ref=judeman

Sekarang ini, dapatlah anda jadikan rumah anda kemas sikit di samping mendapat pendapatan sampingan. Jual surat khabar lama pun belum tentu boleh dapat RM342 dalam seminggu.

Jangan lupa layari http://dot-my.com/index.php?ref=judeman hari ini juga.

Salam.

Tuesday, January 26, 2010

Phoenix Bangkit kembali....

Dah lama juga saya tinggalkan blog ini oleh sebab urusan peribadi.... tetapi kini, rasanya semua dah o.k. dan bolehlah mula melangkah ke depan...

Mungkin lagu M. Nasir berikut ini berjaya menyahut segala yang terkandung dalam kepala otak saya pasa masa ini...

Enjoy di sini:

Saturday, June 14, 2008

Pelik Tapi Benar

Amat pelik pula cerita ini. Semalam semasa tengah syiok tidur, entah macam mana saya boleh terbayang ungkapan ini, "Antara Dua Darjat". Saya tidak mengendahkannya sehinggalah saya ternampak tajuk akhbar Harian Metro yang kebetulannya sama dengan mimpi saya - "Antara Dua Darjat" pagi tadi. Amat terkejut saya!

Adakah maksud disebalik mimpi saya itu? Adakah saya betul-betul mimpikan ungkapan itu ataupun adakah saya tersilap? Macam mana boleh dua perkara yang tidak berkaitan boleh "terhubung" dalam masa kurang dari 8 jam? Begitulah fikiran saya.

Hidup kita ini pun ada kalanya seperti cerita tadi juga. Pelik tetapi benar. Kita ada impian, harapan, keinginan, dsbnya. Akan tetapi lain pula yang terjadi. Disebabkan masalah peribadi, kesilapan dalam membuat sesuatu keputusan, berada di tempat yang salah pada masa yang salah, tidak merebut peluang pada masa yang tepat mungkin alasan yang sering kita dengar apabila sesuatu hajat kita itu tidak kesampaian.

Terdekat ini kita dihentam dengan kenaikkan harga runcit minyak petrol dan disel. Kita memang tidak menjangka kenaikkan yang begitu ketara. Kita marah. Kita membantah. Kita berdemonstrasi. Bagus kita buat semua itu. Tetapi, adakah itu memadai? Bolehkah kita berharap yang harga minyak itu akan turun dalam masa terdekat ini? Saya rasa kita semua tahu jawapannya. Mungkin lain lah jika Pakatan Rakyat dan Sdr. Anwar mengambil alih pucuk kepimpinan negara. Tetapi itu belum tentu. Dan ianya akan mengambil masa. Macam mana kita hendak menampung hidupan seharian kita sementara menunggu itu?

Saya rasa kita boleh melakukan dua perkara:

1. Kita boleh mengurangkan perbelanjaan kita (jika belum!), dan

2. Kita kena berusaha mencari sumber-sumber pendapatan lain.

Tetapi inilah masalahnya. Bila saja disebut cari sumber pendapatan lain, macam-macam alasan kita beri. Tadak masa la, tadak kereta la, tak boleh jual la, tak boleh inilah, tak boleh itulah, tak, tak, tak saja! Pelik tetapi benar kan? Kita tahu kita ada masalah tetapi kita tidak mahu berdepan dengannya. Kita tahu apa yang kita harus buat tetapi enggan bergerak ke arah penyelesaiannya. Pokoknya, kita tidak akan dapat berganjak dari masalah kita selagi kita tidak mahu tukar minda, persepsi, dan arah tuju kita.

Kita semua telah dikurniakan dengan bakat dan kemahiran yang unik. Kita masing-masing ada kecenderungan tersendiri. Kita telah dianugerahkan dengan daya pemikiran, emosi, dan kematangan. Janganlah kita menjadikannya seperti satu lagi cerita pelik tetapi benar.

Bagi saya, ada beberapa projek dan idea yang sedang saya usahakan demi merealisasikan impian saya. Saya akan bentangkan sedikit sebanyak tentang projek-projek berkenaan dalam masa terdekat. Seterusnya, jika anda ingin berkongsi pengalaman dan pendapat, sila hubungi saya di:

Emel di: juderising@gmail.com

Demi kesejahteraan bersama.
Jude.

Sunday, April 20, 2008

KEHIDUPAN TANPA IMPIAN = PEKERJAAN!

Saya ternampak iklan Astro tersebut di atas pada skrin TV saya awal pagi tadi dalam bahasa Inggeris:

LIFE MINUS DREAMS = JOB!

Sungguh benar bukan formula berkenaan? Apakah hidup kita ini tanpa impian, tanpa visi, tanpa misi? Serba kekosongan! Tidak bermakna! Akan tetapi, bukankah ini hakikat sebenarnya bagi kebanyakkan daripada kita yang terbelenggu dalam alam "pekerjaan" masing-masing? Apakah ini sahaja jalan kehidupan kita? Tiada cara lain? Tiada pendekatan lain? Adakah kita sudah berpuashati hidup sehelai sepinggang ini?

Semasa kita kecil, kita ada impian yang besar-besar. Kita nak alat mainan yang besar, ingin menjadi orang besar, ingin menjelajah ke tempat-tempat jauh, ingin menikmati sesungguhnya kehidupan yang "penuh". Tetapi apa terjadi kepada kita semasa kita mula berhijrah dari alam kanak-kanak ke dunia dewasa? Sering kali, impian kita, harapan kita, matlamat hidup kita semakin hari semakin terhakis sehingga terkubur terus dalam arus kehidupan harian.

Lebih-lebih lagi, kita sering terjebak ke dalam alam kesempitan kewangan, samada secara terus atau tidak. Akan tetapi, walaupun semuanya nampak gelap, masih ada sedikit cahaya yang berkelip-kelip didepan kita. Inginkah kita sambut cahaya ini atau sanggupkah kita terus hidup dalam kegelapan kini? Perlukah kita terus menerima "hakikat" ini sedangkan wujudnya pelbagai peluang, cara dan masa untuk kita mengubah arah tuju hidup kita?

Kita sahaja boleh jadi penentu bagi soalan ini.

Saturday, April 12, 2008

KORBAN!

Siapa diantara kita tidak memerlukan wang tambahan? Siapa yang sudah cukup puas hati dengan keadaan kewangannya?

Tiada wang BUKAN semestinya tiada impian.
Tiada modal BUKAN semestinya tiada harapan.

TETAPI kita MESTI lakukan sesuatu untuk mengubah keadaan kita yang kurang memberangsangkan itu.

Kita mungkin telah mencuba program MLM, Networking, Home Business, Warung, Burger Stall, dsbnya tetapi mungkin telah kecundang pada setiap cubaan. Kita mungkin benar-benar ingin menjadi usahawan atau ahli bisnes kerana ini yang kita rasa akan membebaskan diri kita dari kemelutan kewangan dan memberi kita lebih banyak masa untuk diri, keluarga dan impian-impian kita.

TETAPI hakikatnya ialah kita terpaksa MENGORBANKAN sesuatu itu untuk mendapatkan sesuatu yang lain. Tak percaya? Tanya sesiapa sahaja yang sudah "berjaya". Setiap orang berkenaan ada cerita disebalik kejayaan mereka ini.

Apa yang kita boleh belajar dari orang-orang seumpama ini?

Pokoknya, jika saya ingin menjadi seorang usahawan berjaya, saya kena korbankan sesuatu.

Jangan pula kita korbankan kerjaya, isteri atau anak-anak kesayangan pulak! Korban di sini bermaksud melepaskan sesuatu tabiat, idea, perbuatan, kebiasaan, kesukaan agar sesuatu yang LEBIH BAIK boleh wujud.

Pada masa kini, terdapat banyak peluang di sekeliling kita yang sedang menunggu sahaja untuk mencurahkan kebaikkan yang melimpah kepada kita. Adakah kita SEDAR tentangnya?

Fikir!

Monday, April 7, 2008

Impian!

Merealisasikan Impian Kewangan

Kita semua ada impian kewangan masing-masing. Bagi sesetengah orang, kita mungkin ingin keluar dari jerat hutang. Bagi orang lain pula, mungkin kita sedang mencari wang modal untuk memulakan perniagaan kecil ataupun kita sedang cari sumber untuk memulakan pelaburan bagi masa depan.

Tetapi, adakah kita mengambil langkah yang BETUL demi merealisasikan impian-impian ini?

Ataupun adakah kita terasa lagi kuat, lagi teruk kita kerja, impian kita itu makin lebih jauh dari jangkauan kita?

Mungkin kita tidak menggunakan kaedah yang sewajarnya.

Mungkin kita tahu bagaimana hendak bermula.

Mungkin kita terlepas peluang keemasan di depan mata kita kerana terlampau bimbang atas keadaan kewangan kita.

Mungkin.... banyak lagi sebab yang kita boleh kaitkan atas kegagalan kita setakat ini.

Tetapi adakah kita terfikir sebaliknya?

Seperti kata pepatah bahasa Inggeris: "You can't go up until you have reached rock bottom".

Maknanya ringkas: Kita tidak mungkin bergerak ke atas selagi tak sampai ke bawah sekali".

Mari kita renung bersama-sama.